hanya dengan Alif Laam Miim ?


Bismillahi walhamdulillah.
Assalamualaikum wbt.

saudara, 
maaf mengganggu, dari tadi saya nampak saudara seakan memikirkan sesuatu,
boleh saya bantu ?

ALIF LAAM MIIM ? .. 
saudara, ayat ini semacam menimbulkan satu persoalan yang sangat besar dalam fikiran saudara.
pasti terdetik dalam diri saudara persoalan ini..

"apakah signifikan ayat Al-Quran disusun sebegini rupa?"
"kalimah ini tidak dijumpai dalam mana-mana, kamus bahasa arab, jadi mengapakah Al- Quran diletakkan kalimah-kalimah yang tidak 'bermakna' ini.?."

hrmm..
saya bukanlah seorang ulama bahasa mahupun ulama tafsir yang mampu menterjemah kalimah ini..
namun jika saudara selesa untuk mengetahuinya, saudara bolehlah rujuk kitab- kitab tafsir karangan mereka,
suka untuk saya ingatkan, hanya sebilangan kecil ulama' sahaja yang menafsirkan kalimah ini.
majoritinya menyerahkan maksudnya kepada Allah
hanya Allah sahaja yang mengetahui.

tapi, saya seorang yang mentadabbur Al-Quran,
cuba mengambil pengajaran dan maksud yang tersirat.
cuba 'berfikir di luar kotak'.
cuba mengaitkannya dengan kehidupan seharian..

saudara,
marilah ikhlaskan niat dan membuang sekatan minda kita sebelum pergi lebih jauh
buka hati, lapangkan fikiran.

Di Taman Rekreasi KLCC,kelihatan seorang pemuda sedang berdiri membelakangkan bangunan KLCC. Lagaknya seperti seorang  jurutera. Beliau berdiri di tengah- tengah ratusan manusia yang sedang sibuk dengan hal masing- masing. kemudian, beliau mengambil segenggam pasir, seraya berteriak ;

"di tanganku ini adalah segenggam pasir "

sayangnya tiada seorang pun yang menghiraukan teriakan beliau..
saudara,
siapakah yang menghargai segenggam pasir tersebut ? tiada nilai di mata manusia.

Lantas lelaki itu  menambah,
"lihatlah wahai semua, dengan pasir inilah aku adunkan bersama simen, kemudian ditambahkan dengan beberapa bahan lain. lalu, aku mereka,  membentuk yang mana hasilnya adalah bangunan KLCC yang tersergam indah di belakang kalian semua ini "

seketika itu, semua mata tertumpu kepada beliau.
takjub.
semua terus memuji beliau.
"engkau sememangnya seorang jurutera yang hebat "
"kepakaranmu dalam senibina sungguh menakjubkan"

wahai saudara,
apakah kaitan cerita ini dengan persoalan di permulaan tadi?.
tidak lain tidak bukan ianya menunjukkan kehebatan ALLAH.

perhatikanlah dengan teliti,
Allah seakan- akan ingin memberitahu kepada manusia.

"wahai manusia, kalimah Alif Laam Miim yang saban hari dibaca oleh kamu itu merupakan huruf- huruf hijaiyyah arab yang tidak bernilai di sisi kamu.
hanya huruf- huruf biasa ...
tapi lihatlah, bagaimana aku menyusun huruf- huruf yang remeh tersebut kepada kalimah Alif Laam Miim...
kemudian, gabungan dari banyak kalimah itu..
aku membentuk ayat - ayat, seterusnya surah- surah.
gabungan semua surah itulah yang membentuk ..
Al- Quran yang serba indah ini dan mengkagumkan kamu semua.

lihatlah manusia, lihatlah..
aku boleh menukarkan sesuatu yang remeh kepada sesuatu yang hebat dengan ilmuku..
ilmuku begitu luas kalau hendak dibandingkan dengan ilmu yang ada pada kamu.

maka mengapakah masih ada manusia yang menyombongkan diri di hadapanku?

saudara, cuba fahami maksud yang tersirat di sebalik Alif Laam Miim ini..

ITULAH KEAGUNGAN ALLAH YANG TERLETAK PADA BENDA YANG TIDAK BERNILAI DI MATA MANUSIA.

renung-renungkan. 





Hati seorang rasul


Assalamualaikum..
Saudara yang mulia,..bilakah kali terakhir saudara menatap al-quran?
Sebentar tadi, semalam,minggu lepas?..
sungguh, saya khuatir akan jawapan ini.
RAMADHAN LEPAS...!
Perhatikanlah ayat ini saudara..cuba renungi dan fahami situasinya.

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan rasul ( Muhammad ) berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang diabaikan." - (Al Furqan ayat 30)


Rasailah saudara, rintihan hati seorang rasul..
tatkala kaumnya sendiri mengabaikan dan tidak menghiraukan Al-Quran.
Betapa susahnya hati beliau apabila kaumnya enggan menerima hidayah.
Mengapa saudara masih tidak terkesan dengan rintihan tersebut?
Tidakkah saudara terfikir, betapa hancurnya hati seorang rasul jika..
umatnya pula tidak menghiraukan Al-Quran.
Kaumnya tidak menerima seruan dan sekaligus menolak Al-Quran.

Tetapi , umatnya menerima seruan namun tetap tidak menghiraukan Al-Quran

Luluh hati seorang rasul !

Mungkin ada di antara saudara yang sedang cuba mendalami, mempelajari dan menghafaz Al-Quran.
Tahniah atas usaha tersebut !

Oh, nampaknya masih ada sedikit kerunsingan dan keberatan dalam diri saudara , para penghafaz Al-Quran
hmmmm...

Wahai AhluLlah, yakni Ahlil – Quran..
Bukannya Allah tidak tahu,
Betapa  seksanya hati ini untuk selalu mujahadah mengulang hafalan,
Betapa keringnya lidah ini melantunkan bacaan,
Betapa letihnya memastikan diri tidak tersungkur di jalanan,
Namun mungkin kerana ALLAH tahu wahai teman..,
Bahawa hati sebeginilah yang selalu dekat dengan tuhan.

Doa

Assalamualaikum.
Wahai hati, bangunlah.,tadahkan tangan, tundukkankan diri dan berdoalah.



Saudara ,mengapa saya lihat saudara tidak berdoa? Tidakkah saudara merasakan doa itu satu keperluan kita sebagai hamba? Bukankah Allah itu sentiasa mendengar dan mengabulkan doa hambanya?

oh,nampaknya terdetik keraguan dalam diri saudara. Barangkali saudara tidak menghayati firman Allah ini.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴿2:186﴾ 

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Mengapakah saya terlihat saudara masih lagi tidak tergugat dengan ayat ini?

Saudara yang tercinta, cuba semak persoalan2 berikut yang memerlukan jawapan dari hati saudara sendiri
-adakah antara kita yang tidak mempunyai masalah sama sekali dalam hidup?
-adakah antara kita tidak mempunyai harapan2 besar yg sukar diraih?
-adakah antara kita yang seluruh hidupnya santai?
-adakah antara kita yang sama sekali tidak perlukan Allah dalam hidup?

Wahai hati yang sedang membaca artikel ini, tujuan dari ibadah doa adalah agar tangan kita selalu menadah ke atas, memohon dan yakin Allah mengabulkannya apabila KITA MEMINTA. Juga sebagai tanda penghambaan kita.  Apa lagi yang membuat kita tidak berdoa kepadaNYA?

Hmm..masih ada sedikit kerungsingan dalam hati saudara. Pasti saudara masih ragu apakah betul doa saudara sampai kepada ALLAH?

Dalam sirah, banyak soalan yang ditanya kepada Rasulullah berkaitan sesuatu perkara, namun Rasulullah tidak menjawabnya melainkan selepas turun ayat Al-Quran – sebagai jawapan kpd soalan tersebut.

Perhatikan jawapan2 Al-Quran tersebut:

Apabila ditanya tentang khamr dan judi,

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ﴿2:219﴾ 

Apabila ditanya tentang harta yang perlu diinfaqkan

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلْ مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ 

Apabila ditanya tentang perempuan haidh.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ﴿2:222﴾

Apabila ditanya tentang harta rampasan perang.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنْفَالِ قُلِ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِين ﴿8:1﴾ 

Apabila ditanya tentang bulan haram

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿2:217﴾ 

Begitu juga apabila ditanya tentang anak bulan.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 2:189

Saudara,

Perhatikanlah struktur ayat Al-Quran yang digunakan. ayat tersebut semuanya dimulakan dengan perkataan  يَسْأَلُونَكَ  yang  membawa maksud “mereka bertanya kpd kamu (Muhammad)”, Kemudian disambung dengan pernyataan masalah, sebelum disambung lagi dengan perkataan  قُلْ  Yang bermaksud  “katakanlah (Muhammad)” sebagai jawapan kpd persoalan tersebut.

Namun, saudara pembaca yang dimuliakan, terdapat satu ayat di dalam Al-Quran yang berlainan strukturnya.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya “wahai Rasulullah, apakah tuhan kita jauh sehingga kita menyerunya, atau DIA dekat sehingga kita cukup berbisik kepadaNYA?”

Apakah jawapan Al-Quran terhadap soalan tersebut?


Tidak lain tidak bukan ayat yang saudara endahkan  pada permulaan artikel tadi. 
Mari kita semak semula ayat tersebut.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ  

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka , bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Perhatikanlah wahai jiwa , hayatilah ayat ini dengan mata hati .Jawapan Al-Quran ini tidak lain tidak bukan untuk menenangkan hati hambaNYA yang berdoa . Ketahuilah, Tidak diletakkan perkataan “katakanlah (Muhammad)”pada ayat ini.  Saya ulangi, tiada lagi perkataan  ” QUL”

Lihatlah, Allah tidak meletakkan Rasulullah sebagi perantara untuk menjawab persoalan tersebut, melainkan DIA sendiri yang menjawabnya. Ini menunjukkan hubungan doa kita dengan Allah adalah perhubungan yang terus, tanpa perantara antara kita dengan Allah.

Mengapa saya lihat saudara terdiam? Barangkali saudara sudah mula mengerti.

“apabila dia memohon”

Ya, saudara. Doa saudara akan diperkenankan JIKA saudara memohon. Sekarang terserah kepada saudara untuk mula memohon atau tidak.

Di antara anda ada yang mula mendalami kata- kata ini yang kemudian segera mengangkat tangannya ke atas dan air mata pun menyaksikan kejujuran niat dan motivasi, maka hati pun akan berbicara mewakili kerendahan dan penghibaan.

Pada saat itulah, anda keluar dari satu alam ke alam yang baru !

Saudara, Allah Maha Memperkenankan doa hambanya. Namun, adakah kepada yang tidak pernah meminta ? 

Inkuiri


Assalamualaikum.

Mari kita berbicara berkenaan semangat inkuiri.

Oh, maaf. Saya terlihat ada yang tertanya-tanya , "Apakah itu semangat inkuiri?"

Saudara sekalian, inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

Nampaknya saudara yang menyoal tadi sudah tersenyum tanda faham. Baguslah, Alhamdulillah!

Semangat yang membuak- buak untuk mencari sesuatu ilmu dan penjelasanlah yang telah melahirkan ramai cendekiawan ulung di dunia Islam mahupun masyarakat Eropah. 

“Oh, inilah semangat yang dinyatakan dalam buku sejarah . Semangat yang mendorong penjelajahan dan pelayaran orang eropah ke pelusuk dunia !”

Ya, semangat inilah yang dimaksudkan dalam buku sejarah yang kita belajar di sekolah menengah. Sayangnya, kita didedahkan hanya berkaitan masyarakat eropah. Hakikatnya, orang Islamlah yang memperkenalkan dunia dengan semangat ini. Cendekiawan Islam menjadi rujukan eropah yang mendorong tercetusnya zaman kebangkitan eropah yang dikenali sebagai Renaissance. Kenalilah Ibnu Sina (perubatan), Al-Baytar (botani), Al-Khawarizmi (matematik) dan lain-lain.

Soalnya, dari mana pencetus semangat ini dalam kalangan orang Islam? Jawapannya, sudah tentu Al-Quran. 

Saya ternampak saudara terfikir lagi “ Apa kaitan Al-Quran dengan semangat inkuiri?”

Saudara, bukankah banyak ayat Al-Quran yang menyeru kita semua berfikir dan merenung? Bahkan suruhan tersebut menyeru kita untuk befikiran kritis dan merenung secara mendalam tentang sesuatu perkara. Buktinya?
Emm..Pasti saudara pernah terlintas dengan ayat- ayat sebegini? “Tidakkah mereka BERFIKIR?”.  “ Tidakkah mereka MEMERHATIKAN?”.” Tidakkah mereka menggunakan AKAL mereka?”

Mari kita lihat ayat dalam surah Al-Baqarah ayat 260













Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 260)


Saudara yang dihormati sekalian, mari sama-sama ikhlaskan niat kita sebelum meneruskan membaca entri ini.

Terdapat banyak penafsiran ulama' berkaitan sebab Nabi Ibrahim bertanya sedemikian - rujuklah kitab2 tafsir. Namun, apakah yang boleh kita ambil daripada ayat tersebut?

"Allah itu Maha Berkuasa ,DIA boleh menghidupkan sesuatu yang telah mati dengan kekuasaanNYA."

Bagus dan tepat sekali buah fikiran saudara jika saudara berfikir sedemikian. Sekarang, mari kita tadabbur dengan lebih mendalam,mengambil pengajaran yang lebih tersirat. Apakah pengajaran tersebut? Tidak lain tidak bukan - SEMANGAT INKUIRI


Pejam mata saudara, tanya hati dan akal saudara." Layakkah seorang hamba mempersoalkan kekuasaan Allah sedemikian?" Allah itu memiliki kekuasaan yang agung, berbeza dengan seorang hamba yang hanya mengharapkan belas ihsan daripada Allah

"Kalau begitu, Nabi Ibrahim beranilah ! Berani mempersoalkan !."

Ya, Nabi Ibrahim sebagai seorang Nabi Allah, sudah tentu beliau tidak ragu dengan kekuasaan Allah. Namun, naluri inkuiri beliau menyebabkan beliau berani mempersoalkan untuk menambahkan keimanan dan menetapkan hati beliau. Hasilnya, iman beliau tidak boleh digugat lagi. Itulah dia Nabi Ibrahim , Bapa Segala Nabi.


   Adakah kita umat taklid atau umat yang mempunyai dalil?
  Adakah kita berani mempersoalkan sesuatu untuk mencari kebenaran dan menambahkan keimanan?
hakikatnya, kita kurang bertanya, mencari sebab dan dalil...
  semangat inkuiri - itu yang kita kurang !















pembukaan

Assalamualaikum.

Pertamanya , Alhamdulillah atas kesempatan yang diberi untuk blog ini diwujudkan. Bermulanya dengan terdetik dalam hati, seterusnya inilah hasilnya. Sekali lagi Alhamdulillah.

Tidak dinafikan terdapat ribuan,malahan mungkin mencecah jutaan blog di luar sana. Semuanya ditulis dengan gaya penyampaian dan input berbeza.

Ya, berbeza.!

Ramai yang selesa menulis tentang pengalaman hidup mereka, Tidak kurang juga yang mengupas berkenaan isu semasa, perniagaan dan perkongsian maklumat  Tema dakwah juga diangkat dan disampaikan secara berhikmah melalui penulisan blog. Namun, ada juga blog-blog yang LAYAK digolongkan sama rendah dengan sampah di jalanan - KOTOR, BUSUK!

Berbalik kepada perbezaan . Cara dakwah itu memang berbeza. Namun harus diingat, objektif kita tetap sama. oleh itu, Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk kita mengkaji dan merenungi ayat-ayat Al-Quran secara khusus. Blog ini cuba sedikit sebanyak untuk mendalami ayat-ayat Al-Quran di luar kotak pemikiran biasa. Tadabbur kita akan menyentuh persoalan yang kita kerap terlepas pandang seperti  pengajaran di sebalik pengajaran, ilmu-ilmu seperti sejarah, ekonomi, bahasa, dll serta berkaitan isu semasa. ( terlampau banyak isu yang boleh diketegahkan semasa mentadabbur Al-Quran ! )

Harus diingat bahawa tiada usaha pentafsiran Al-Quran di blog ini. Sekiranya ada, maka tafsir tersebut telah dirujuk di kitab-kitab tafsir yang muktabar.

Semoga perkongsian ilmu di sini banyak manfaatnya untuk pembaca sekalian. Mari sahut seruan Allah untuk mentadabbur Al-Quran !

 -Berapa ramai yang membaca Al-Quran namun mengabaikannya? -