bisikan

Bismillah
assalamualaikum.,.,
saudara, mulut saudara terkumat- kamit membaca sesuatu.
boleh saya tahu saudara sedang baca apa?
oh, surah An-Nas.
jika saudara tidak keberatan, boleh saya kongsi sesuatu dengan saudara ?.
tentang kehebatan Allah dalam surah An-Nas.

hrmmm..
saudara yakin Al-Quran itu diturunkan oleh Allah?..
saudara yakin Al-Quran itu dipenuhi keajaiban apabila kita mentadabburnya?

sebenarnya surah pendek yang saudara baca itu telah Allah selitkan keajaiban.
yang mana kalau saudara tidak merasainya, maka rugilah saudara.
cuba saudara baca surah tersebut dari awal sampai akhir..

Jika kita mentadabbur makna ayatnya, surah ini membicarakan tentang Allah, manusia dan juga godaan syaitan.
betul ? 

mari kita mentadabbur surah ini dari sudut yang lain - gaya bahasa Al-Quran

sewaktu saudara membaca surah ini, tidak perasankah saudara akan keajaiban susunan ayatnya..
bacalah dengan perlahan-lahan dan memanjangkan harakat di setiap hujung ayat.
bukankah di setiap hujung ayatnya terdengar seakan-akan  desiran ?

"sssss....ssssssss...sssssssss "


saudara,

surah ini diajar oleh Rasulullah sebagai pendinding dari godaan syaitan..
dalam surah ini, kita meminta perlindungan kepada Allah daripada bisikan syaitan yang sangat halus..
menyelinap masuk dalam hati kita, tanpa kita sedari





Maha Bijaksananya Allah, dia telah menyusun ayat di dalam surah An-Nas  
agar manusia me'rasa'i dan men'dengar' seolah-olah adanya bisikan apabila membaca surah ini.
agar apabila manusia membaca, mendengar dan menghayati surah ini,
maka di situlah timbul kesedaran bahawa bisikan syaitan ini berada di mana-mana sahaja.
agar manusia sentiasa kembali dan memohon perlindunganNYA.


lihatlah, 
kehebatan Allah menyusun kalamNYA 
agar mesej yang ingin disampaikan kepada manusia itu jelas .

maka mengapa manusia masih engkar?

0 comments: