Inkuiri


Assalamualaikum.

Mari kita berbicara berkenaan semangat inkuiri.

Oh, maaf. Saya terlihat ada yang tertanya-tanya , "Apakah itu semangat inkuiri?"

Saudara sekalian, inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

Nampaknya saudara yang menyoal tadi sudah tersenyum tanda faham. Baguslah, Alhamdulillah!

Semangat yang membuak- buak untuk mencari sesuatu ilmu dan penjelasanlah yang telah melahirkan ramai cendekiawan ulung di dunia Islam mahupun masyarakat Eropah. 

“Oh, inilah semangat yang dinyatakan dalam buku sejarah . Semangat yang mendorong penjelajahan dan pelayaran orang eropah ke pelusuk dunia !”

Ya, semangat inilah yang dimaksudkan dalam buku sejarah yang kita belajar di sekolah menengah. Sayangnya, kita didedahkan hanya berkaitan masyarakat eropah. Hakikatnya, orang Islamlah yang memperkenalkan dunia dengan semangat ini. Cendekiawan Islam menjadi rujukan eropah yang mendorong tercetusnya zaman kebangkitan eropah yang dikenali sebagai Renaissance. Kenalilah Ibnu Sina (perubatan), Al-Baytar (botani), Al-Khawarizmi (matematik) dan lain-lain.

Soalnya, dari mana pencetus semangat ini dalam kalangan orang Islam? Jawapannya, sudah tentu Al-Quran. 

Saya ternampak saudara terfikir lagi “ Apa kaitan Al-Quran dengan semangat inkuiri?”

Saudara, bukankah banyak ayat Al-Quran yang menyeru kita semua berfikir dan merenung? Bahkan suruhan tersebut menyeru kita untuk befikiran kritis dan merenung secara mendalam tentang sesuatu perkara. Buktinya?
Emm..Pasti saudara pernah terlintas dengan ayat- ayat sebegini? “Tidakkah mereka BERFIKIR?”.  “ Tidakkah mereka MEMERHATIKAN?”.” Tidakkah mereka menggunakan AKAL mereka?”

Mari kita lihat ayat dalam surah Al-Baqarah ayat 260













Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 260)


Saudara yang dihormati sekalian, mari sama-sama ikhlaskan niat kita sebelum meneruskan membaca entri ini.

Terdapat banyak penafsiran ulama' berkaitan sebab Nabi Ibrahim bertanya sedemikian - rujuklah kitab2 tafsir. Namun, apakah yang boleh kita ambil daripada ayat tersebut?

"Allah itu Maha Berkuasa ,DIA boleh menghidupkan sesuatu yang telah mati dengan kekuasaanNYA."

Bagus dan tepat sekali buah fikiran saudara jika saudara berfikir sedemikian. Sekarang, mari kita tadabbur dengan lebih mendalam,mengambil pengajaran yang lebih tersirat. Apakah pengajaran tersebut? Tidak lain tidak bukan - SEMANGAT INKUIRI


Pejam mata saudara, tanya hati dan akal saudara." Layakkah seorang hamba mempersoalkan kekuasaan Allah sedemikian?" Allah itu memiliki kekuasaan yang agung, berbeza dengan seorang hamba yang hanya mengharapkan belas ihsan daripada Allah

"Kalau begitu, Nabi Ibrahim beranilah ! Berani mempersoalkan !."

Ya, Nabi Ibrahim sebagai seorang Nabi Allah, sudah tentu beliau tidak ragu dengan kekuasaan Allah. Namun, naluri inkuiri beliau menyebabkan beliau berani mempersoalkan untuk menambahkan keimanan dan menetapkan hati beliau. Hasilnya, iman beliau tidak boleh digugat lagi. Itulah dia Nabi Ibrahim , Bapa Segala Nabi.


   Adakah kita umat taklid atau umat yang mempunyai dalil?
  Adakah kita berani mempersoalkan sesuatu untuk mencari kebenaran dan menambahkan keimanan?
hakikatnya, kita kurang bertanya, mencari sebab dan dalil...
  semangat inkuiri - itu yang kita kurang !















1 comments:

Isyraf Imrani said...

manusia sekarang tidak ramai yang mempunyai semangat inkuiri, semuanya mereka buat tidak kisah sahaja